Thursday, September 17, 2009

Kamus Yeop 7 - Kusu Kelaso

Tido dalam utan ni tak selesa betoi le yeop.. dengan nyamoknye , paneh nye kusu kelaso aku di buatnye.... maknanya tak senang duduk le... macam budak budak kecik le tak tau diam, ada aje benda nak dibuatnya , kusu kelaso le tu...

My trusty bag


This humble bag was purchased back in 1988, during my university days.... wow... almost 20 years old! At that time I rode my bicycle with this bag on my back throughout my university days. The same bag was later provided its service for my daily use to my work place. Has been used by both of my sons and I ever since. Nowadays, Aun has been using the bag to carry his buku agama in the afternoon on weekdays and we use the bag for our outing and outdoor activities. Looking forward to seeing its endurance and durability. Hopefully I will last longer than this trusty bag.. Then again, the bag does not consume high concentrated cholesterol laced foods like I do...... Hemmmmm............

Harga Minyak

Masa dalam kereta pagi tadi bersama isteri , dengar berita dalam radio menyebut harga pasaran minyak dunia turun semalam disebabkan kebimbangan ekonomi dunia yang tak menentu..... Cakap kat isteri pelik betul alasan ni... Takkan lah dalam satu hari tiba iba semua orang bangun pagi terus bimbang pasal ekonomi yang tak baik. Hari sebelum tu tak pulak ada kebimbangan. ... itu yang harga minyak naik. Pakar pakar ekonomi ni cukup pandai cari alasan mengapa harga minyak naik atau turun. Tapi bila ekonomi mula nak gawat hujung tahun sudah, tak pandai pulak dia orang nak meramal ada tanda tanda awal nak jadi gawat. Orang Perak kata hempehhhh... ni le dia.

Sepuasa dan Bersantai bersama Mak

Hari Ahad, 13 puasa balik kampong sorang sorang sebab nak hantar barang barang recycled untuk diberi kepada sesaiap yang nak dan nak selesaikan masaalah pembantu rumah mak. Sampai di kampong, mak sambut di pintu... Balik sorang aje ke? Mak tanya.. ye, abang Ngah nak periksa UPSR and Mak Muo baru datang sampai rumah Kajang. Cium pipi mak macam biasa, lepas tu baring baring dengan dia kat "gerai" sambil gebang gebang dan mak pun bercerita apa yang berlaku dalam masa seminggu lepas. Abih abih bersembang dua dua terlelap. Bila jaga balik tengok mak tengah sembahyang Zohor. Lepas sembahyang, dengar mak baca doa dari kitabnya, panjang doa tu.... Bila masuk Asar, cakap kat mak nak ke Masjid sebab lepas Asar nak bayar Fitrah. Bayarkan sekali Fitrah mak, chu dan bibik dua orang. Puasa ni mak tak turun ke dapur pun, tak larat katanya.. Masuk waktu berbuka tengok banyak pulak makanan atas meja termasuk le lauk dari "more" di masjid. Berbuka dengan mak berdua saje... rasa special pulak.. Lepas maghrib bersiap siap nak balik ke Kajang. Mak hanto sampai ke pintu... baik baik bawak kereta ... pesannya... Cium pipi mak dan bagitau kita balik raya kedua dari rumah Muo. Lambai mak dari dalam kereta....Mak kata nak pergi terawih lepas ni.....

Wednesday, September 9, 2009

"More" Mak 2009


Ramadhan datang lagi... Seperti tahun tahun sebelumnya, "More" mak merupakan acara tahunan di masjid. Mak pagi pagi lagi dah ke masjid untuk bersama sama dengan kaum ibu yang lain memotong bawang, ayam dan lain. Semuanya berjalan lancar, cuma makanan tahun ni tak sehebat tahun sebelumnya dengan buget yang sama. Mak nampak puas hati dengan perjalanan "more' tahun ni. Selepas Asar orang kampong dah mula datang untuk tapau makanan sebagai juadaah berbuka puasa. "Dod" ditugaskan menghantar bungkusan makanan ke rumah nama nama yang telah mak tetap. Selitkan rm20 ke poket "Dod" sebagai duit minyak motornya... beso beno katanye.... tapi dia ambik juge... Anak anak semua balik kecuali Yong and Atam. Mak macam biasa duduk di Masjid sampai habis berbuka dan berterawih. Alhamdullilah..... semuanya berjalan teratur...

Kamus Yeop 6 - kemuhmuh maweh

Ko ni cuba le makan pelan pelan , aku tau le kome tu lapo....jangan le kemuhmuh maweh.........Maknanya gelojoh sangat le, macam Mawas.........

Thursday, September 3, 2009

Bila Isteri Merajuk

Pagi ni bila mandikan Cipa sebelum dia pergi Tadika, Cipa cakap Mama merajuk malam tadi. Tanya dia.. Ngapa? Mama merajuk sebab Cipa dengan Papa kata Mama tak cantik.... Tapi Cipa dah mintak maaf. So cakap kat Cipa, emmmm nak kena cakap kat Mama dia cantik selalu lah.... Ye lah...jawab Cipa.



Masa pakaikan baju tadika Cipa, tanya dia pulak.. Mama dah tegur Cipa ke? Tak... jawabnya.... Emmm ini dah kes berat ni, itu yang sampai tak bangun sahur..... Oklah kita rewind apa jadi malam sebelum tu...



Lepas Maghrib masa baring atas katil , Cipa tengah buat show dia, membaca buku cerita sambil beraksi di sebelah... Mamanya baru abis sembahyang dan datang duduk kat tepi katil nak baca doa doa dari buku agamanya. Kita panggil Cipa nak bisik .... Cipa, tengok Mama tu mulut kumut kamit dari tepi... macam Princess Fiona....Lepas tu kita berdua giggled kacau Mama. Lepas tu usik usik lagi ... Mama balas balik ...... Tak semena mena dia turun duduk di lantai.. Kita pun bersiap le nak pegi terawih.. tiba tiba Cipa cakap Mama nangis.. ambik tissue.. Cipa tanya ngapa Mama nangis ... dia tak jawab... lepas tu Cipa pun lari ke bawah dan kita pun pergi le ke masjid. Balik terawih, tengok Mama dan Cipa dah tidur. nampak macam dia peluk Cipa..ingat dah ok le.....



Bila waktu bersahur , kita pun bangun le kejutkan Abang Ngah dan Aun.. Lepas tu suruh Aun kejutkan Mama... Aun kata Mama jawab ok.. Tak bangun bangun sampai sudah... Wah ni merajuk betul ni.... Sampai le ke waktu mandikan Cipa. Pergi keja sebelum masuk kereta kita panggil Cipa dan cium pipinya macam selalu, Mama dia buat tak tau aje... marah lagi le tu....



Ok lah ok lah.... nanti kita puji dia selalulah.... tak lagi macam Princess Fiona.....

Wednesday, September 2, 2009

Silly Us - Mr & Ms Potato


..........
Cipa....

Mama............




Abang Ngah......










Abang Aun....
Kak Long......












































Tuesday, September 1, 2009

Kamus Yeop 5 - Menceka duku

Ko ni Yong..! ngapa ko biokan anak ko tu teperuk kat tepi tembok tu menceka duku..? Bawak dia ke sini main dengan bebudak yang lain. Maknanya duduk diam tak tau nak buat apa....

Abang Ngah & Pakaian


Cuti panjang hujung minggu di bulan Ramadhan..... Hari Sabtu pagi sekeluarga , kecuali Abang Ngah pergi sebab ada tusyen untuk UPSR tak lama lagi, ke jalan TAR dan SOGO untuk membeli pakaian raya. Tempat penuh sesak, tapi nak jugak pergi. Selesai membeli pakaian di Wisma Yasin, beralih ke SOGO pulak. Punya le sesak dah macam ulat nangka. Dah masuk jam kedua, bapak nak anak anak tersadai kat tepi tepi kedai... dah tak larat tunggu Mak dan anak perempuannya yang tak tau letih memilih pakaian..

Hari Isnin (hari Merdeka) ajak Abang Ngah pergi beli baju raya dia pulak. Cakap kat dia .. Abang Ngah pilih le baju.. Ok lah ... jawabnya. Dia pusing pusing tak jumpa jumpa baju dia nak. Tolongkan dia pilih satu baju dan dia pekenan satu baju... Suruh pulak dia pilih seluar... Terkial kial dia cari.... Kita tolong pilihkan untuk dia.. Dia kata ok lah... Tanya dia nak lagi tak? Dia cakap cukup lah.... Mama dia kata kita carikan dia lagi selai seluar... Pegi masuk kedai lain, nampak satu seluar ada diskaun 50% tapi masih mahal lagi... suruh Abang Ngah cuba.. Dia pun cuba tapi selurr tu besar sikit, Tanya dia nak tak seluar ni? Dia kata tak payah lah, mahal.... membazir duit aje...... Dalam hati, ada juga anak aku yang macam ni.... harap harap perangai ni kekal le sampai ke tua...... Kalau adik jantan dia atau kakak dia lain pulak cerita, dia tak kira harga, dia kira apa yang dia nak aje.... tak dapat muncung tajam satu depa....