Friday, May 6, 2011

Negara Uporia - Part 1 - Negara Tanpa Hutang (NTH)

Di negara ini, NTH, berhutang merupakan satu perbuatan yang jelak. Sesiapa yang ditangkap kerana berhutang dikenakan denda berat. Bukan setakat sipenghutang yang akan didenda sipemberi hutang juga dikira bersekongkol.

Jika negara NTH ini betul betul wujud, yang pastinya:-

1. Ayahku merupakan rakyat yang setia, kerana dia telah lama meninggalkan kita
2. Emakku adalah rakyat contoh, kerana mak memang tak ada berhutang dan takut berhutang
3. Isteriku merupakan pendatang asing dan penganggur sepanjang masa sebab dia berkerja di institusi kewangan; dan
4. Aku, mungkin tengah menjalani hukuman berat sebab hutang keliling pinggang.......