Awal minggu ini , teringatkan hari merdeka jatuh pada hari jumaat dan teringatkan jubah tu balik. Tapi terfikir jugak jubah tu labuh sangat….cakap kat orang rumah mintak tolong hantar potong pendek sikit dan kena siapkan sebelum hari Khamis, sehari sebelum hari Merdeka.
Pagi Jumaat tu, selepas subuh bertolak balik ke kampung…. Pelannya nak jumpa mak dan nak sembahyang jumaat di kampung. Dah lama benar tak merasa sembahyang Jumaat di kampung.
Sampai sampai aje di rumah, jenguk mak tengah tengok tv siaran langsung sambutan hari kemerdekaan dari Dataran Merdeka. Cium pipi mak sampai bertanya khabar. Kita pun duduk dengan mak sambil sambil bertanya soalan soalan lazim . Teringat pulak kita ada bawak mesin elektik statik untuk mak cuba dekat lengan tangannya yang sentiasa sakit selepas jatuh katil dulu. Kita pun pasangkan patch kat lengannya. Sekurang kurangnya dapat melegakan sakitnya.Bila dah nak sampai waktu pergi ke masjid kita pun mandi dan pakai le jubah yang mak belikan tu…Masa nak keluar rumah dan nak masuk kereta, mak pun ikut sama sampai ke pintu ….tenguk anaknya berjubah putih nak ke masjid sambil senyum panjang….. Kalaulah pandangan mak tu betul betul menyejukkan mata dan hati ibuku .Subhanallah…bersyukur aku kepadaMu Ya Allah….
Itulah sambutan kemerdekaan yang ke 55 aku bersama mak di kampung……
