Sunday, October 18, 2015

Cerita Getah & Orang Kampung

Tarikh kejadian – 17 Oktober 2015

Lokasi – Dekat buaian besi mak, bawak pokok rambutan , 102 Jalan menderang , Sungkai , Perak

Tajuk – Cerita Getah & Orang Kampong

Tengah kita sedap berbuai di pagi Sabtu yang sejuk dan mendung selepas hujan sidang, nampak Remi , pangkat cucu sedara, lalu naik moto…kita tego dia…sempat dia pusing balik dan singgah.. Habis bersalam mula le beborak dengan dia bertanya khabo ….
Bila  bercerita pasal hujan selalu aje di kampong,  Remi kata dia dak dekat seminggu tak dapat menoreh getah….tapak tangan pun dah macam tapak tangan artis katanye..dah lembut….
Tanya dia berapa rege getah sekarang?...kalo jual susu rege dapat le dalam RM4+++ sekilo…sama rege macam 10 , 12 tahun sudah katanye….Rege getah pernah capai rege RM13/kilo…berisi le sikit kantung orang kampong…Masa tu dia boleh dapat dalam RM150++ sehari…
Dengan rege sekarang ni , pendapatannya ada le dalam RM45++ sehari…dengan keadaan hujan yang belarutan ni…bila dapat menoreh  sehari , duit tu le yang cepat cepat digunakan untuk membeli barang dapur dengan harapan esuk boleh menoreh lagi untuk membolehkan duit diguna untuk membeli keperluan lain pulak…..Remi tanya balik, cuba Tok bawak RM50 pegi paso ikan kat pekan tu, berapa jenis ikan boleh dapat?... kita jawab , pepagi tadi dah pegi belikan stok ikan untuk mak…memang mahal pun…jauh lagi mahal dari pasar pasar di bado dan Kajang….
Masa musim deroyan yang baru lalu, dapat le Remi pendapatan lebih jual deroyan dari dusun pusaka, selepas berbagi sama rata adik beradik …

Kata kat Remi, cuma duduk kampung  tol  tak kena bayo…..Cerita pasal tol, teringat pulak , ada pihak kerajaan kata , lebihan pendapatan dari kenaikan tol baru baru, dapat le gomen membantu rakyat dan orang kampong…..kita ni ambik percaya aje le……..