Wednesday, October 17, 2007

Kesah Mak - Jun 2007


Dua minggu sudah balik kampung. Dah lama tak balik , sibuk le katakan… dengan urusan dunia dan anak anak. Dah la tu tak dapat telepon kampung dah dekat 2 bulan, telekom kebel di kampung kena kebas dan tak di ganti oleh TM. (Biasanya telepon mak sekurang kurangnya seminggu sekali, tanya kabar dia). Masa di kampung, kebetulan ada saudara sebelah mak buat kenduri di Teluk Intan (dulunya Teluk Anson), jadi bawa dia ke sana dan lepas kenduri dia nak melawat adiknya di kampung asal asalnya, Kg. Pasang Api di Bagan Datuk. Dengan kaki yang terhingkut hingkut sebab sakit lutut kronik dia gagahkan juga… Masa nak balik dia ajak singgah kat jeti di pekan kecil kampung tu ….. tempat dia masa kecil kecil dulu turun naik sampan pergi ke kampung sebelah… Sempat ambik gambar dia tengah duduk kat jeti tu sambil memandang jauh ketengah muara… nostalgia le tu…Masa dalam kereta kasikan handphone kat dia untuk bercakap dengan anak bongsu kesayangannya yang tak dapat balik kampung sebab kena kerja… Mak tanya ngapa tak balik? Adik cakap kena kerja… Mak kata , itu le kalau duduk kampung jaga mak, tak ada gaji….
Keesukannya cucunya, anak aku no. 3 ajak opahnya pergi berkelah kat sungai sebelah dusun kami. Pagi pagi lagi aku ke pasar lambak kan pekan, nak cari ikan baung. Masa sampai tu ada le ikan baung 5 ekor. Tanya sipenjual berapa sekilo… dia jawab RM18/sekilo… Ikan lombong ke sungai.. dia jawab sungai…dalam hati oii mahalnya…tak apa nanti masa balik aku singgah balik. Lepas tu jumpa pulak orang jual ikan lampam & ikan kelah.. Tanya kelah berapa.. RM50/sekilo.. Terus beli lampan 3 ekor… nak buat bakar cicah dengan sambal tempoyak mak.. Masa nak balik semua baung dah kena borong dgn orang lain.. tak ada rezeki nak merasa baung masak tempoyak mak. Singgah sekejap kat kebun kutip pucuk paku untuk buat kerabu resepi mak. Tepat pukul 12 semua bertolak ke tempat berkelah. Bebudak tak sempat sempat nak terjun ke Sungai. Opahnya paksa makan dulu. .. Selesai makan mak nak mandi sungai..Kena pimpin dia perlahan lahan. tebing sungai cerun…Lama dia mandi..Dulu itu le rutin dia hari hari ke sungai membasuh baju 8 orang anak dia…Sekarang ni.. mandi sungai merupakan “special occasion” untuk dia.. bila anak cucu balik. Lepas dia puas mandi.. mak nak naik.. Pimpin dia pelan pelan naik ke pondok..dia nak sembahyang zohor…kami terus mandi sampai kecut mecut.. Tengok dari jauh mak baring kat pondok selepas sembahyang … penat kot memasak dari pagi..Dia tidur sebelah cucunya.. Taka lama lepas tu dia ajak balik sebab dia nak masak lepat pisang untuk makan petang.. Isi kelapa dia dah suruh cucu cucunya kukur tangan tak boleh pakai mesin. Kena masak cepat sebelum anak cucunya balik ke rumah masing masing.
Petang kami bersiap nak balik ke Kajang. Lepat dah siap dibungkus kereta bekalan anak cucu dia dalam kereta… Mak keluarkan pisang berangan sesikat dari simpanan rahsia dia untuk aku bawak balik & sebiji sukun.
Masa salam dengan dia, cuim pipinya sejuk aje rasa…. Mak cakap nanti balik le lagi…. jawab ye lee. Cakap raya cina nanti tak dapat balik sebab nak balik ke rumah mertua..Masa salam selitkan duit bulanan dia.. terima kasih dia kata…. Jom le ke Kajang.. Tak apa le.. Nanti tertinggal pulak kelas agama dan aktiviti sosial kampung dia jawabnya…… Masa kereta mula bergerak nampak dia dalam cermin kereta mak duduk melambai tangan … sedih rasa hati tinggalkan dia semula…. Dalam kereta cucu cucu dia dah mula sibuk nak makan lepat opah…..
Kasih ibu tiada penggantinya………

Kamus Yeop 2

Malam tadi tengok cerita Mukhsin dengan famili. Macam biasa isteriku bejurai airmata bab bab sedih, tapi malas nak kacau dia ..... Dalam satu babak tu masa famili Orked hantar Mukhsin balik ke rumah, nampak makciknya tengah menyapu sampah. Perbualannya lebih kurang macam ni... Buat apa tu? Tengah buat perun. Maknanya tengah kumpul sampah nak dibakar. Contoh - Nak mancih (mancis) ni , pegi perunkan lalang kat belakang rumah yang aku sabit petang semalam, dah cukup kering dah tu.... Dulu masa kecik kecik, sebelah petang mak & arwah apak ada bejagung (menanam jagung le) tepi sungai . Tanah cukup subur kat tepi sungai, jadi jagung tumbuh gemuk gemuk tak payah nak baja. Tugas mula mula, kena le tebeh (tebas) rumput. Bila dah kering kena le diperun. Jadi le sebahagian baja untuk jagung tu.. Cerita bejagung ni ada bab dia sendiri.......

Kamus Yeop

"nak ke ayo" (nak ke air). Contoh - Nak ke mana tu Yeop? Kecoh kecoh sangat ni, tak abih lagi makan tu... Nak ke ayo... tak tahan dah, perut memuleh! Maknanya nak ke bilik air untuk buang air beso. Tapi kat kampung bilik air ni boleh jadi sungai, parit, semak etc..... Waallahualam