Thursday, January 1, 2009

Desember 08 bersama Mak






Keluarga berkumpul semula setiap tahun di rumah Dadak di IAB, Gotong Jaya, hari Xmas 08. Mak dan wea ada sama. Semua ada datang kecuali keluarga Yong dan Abang Din. Bebudak masih holiday mood dan makanan yang tak putus putus dijamu oleh tuan rumah. Abdul tengah mengelabah tunggu keputusan PMRnya......Siang hari main badminton kat luar, cuaca sejuk sepanjang hari. Cipa tak henti henti tunjuk skil dia main badminton walaupun dia yang paling ketot.... Malam bebudak ada macam macam aktiviti, pc games, tv, pilih ikan bilis beramai ramai..... Seronok tengok bebudak (sepupu...) bergaul rapat....

Malam tu baring sebelah mak dan wea , tengok mak tak renti renti gosok lututnya yang selalu sakit. Sebelum tu makan malam sama dia. Dia terpaksa pakai sudu sebab tangan kanan dia selalu kebas. Cakap kat mak lepas ni jom ke Kajang kita pegi jumpa doktor Burhanuddin (doctor dari negera China) buat acupanture dan lepas tu boleh jumpa specialist kat hospital. Puas juga le Wea pujuk mak baru dia setuju. Mak nak ikut Nyah cuti cuti ke Melaka lepas tu singgah ke Kajang.

29 Dec bawak mak pergi jumpa Dr. Burhanuddin, ajak Shaiful Artis sekali sebagai translator Manderin. Tempat rawatannya kat dalam flat di Cheras, simple dan rawatan dibuat. Dicucuk cucuknya badan mak dengan jarum kat kepala, dahi lutut ..... Mak terbaring lama atas katil tu.... Lepas tu diminta pergi ke kedai sei sei untuk beli ramuan ubat.... Malam tu mak sapu ubat di lututnya....

31 Dec bawak mak jumpa Dr. Mazlan kat KPJ Kajang... Doktor kata lutut mak kena bedah dan ganti dengan besi.... Mak tak nak.... Dia minta doktor kasi dia ubat. Doktor kata ubat ni cuma ubat tahan sakit dan ada side effect. Mak takut nak operate. Doktor tunjuk video pesakit pesakitnya yang sudah dirawat oleh Doktor. Mak masih tak pecaya. Tangan mak, doktor kata kena bedah jugak , simple operation , mak setuju. Buat temujanji pada 13 Jan 09, sama hari dengan harijadi mak yang ke 75.

Malam 31, Jalan Indah 3 ada BBQ.. Ajak mak dia tak nak pergi. Esuk pagi pagi hanto mak balik Sungkai dan janji dengan dia ambik dia balik 2 ,3 hari sebelum hari bedahnya. Singgah di rumah Wea, cerita pasal mak nak bedah tangan dan minta Wae pujuk mak untuk buat bedah lutut pulak.. Wea nganguk aje..... Sampai Sungkai singgah gerai Abang Nah beli nasi lemak 2 bungkus. Sampai rumah makan dengan mak. Pukul 11.30 pagi betolak balik ke Kajang.....

Mengenangkan balik tahun 2008, puas rasa hati untuk 2 perkara. Dapat tinggalkan kereta Spacewagon di kampung untuk mak guna pergi ulang alik ke klinik dan hospital. Dapat pujuk mak untuk bedah tangannya yag selalu kebas. Doa agar tangan dan jari tangannya eluk macam biasa....

Tahun 2009, berharap dapat
1. Pujuk mak setuju bedah lututnya sebelum dia pergi haji tahun 2010;
2. Dapatkan maid dan harap dia setuju le...
3. Tengah berangan nak renovate rumah Mak............