Tarikh kejadian – 17 Oktober 2015
Lokasi – Dekat buaian besi mak, bawak pokok rambutan , 102
Jalan menderang , Sungkai , Perak
Tajuk – Cerita Getah & Orang Kampong
Tengah kita sedap berbuai di pagi Sabtu yang sejuk dan
mendung selepas hujan sidang, nampak Remi , pangkat cucu sedara, lalu naik
moto…kita tego dia…sempat dia pusing balik dan singgah.. Habis bersalam mula le
beborak dengan dia bertanya khabo ….
Bila bercerita pasal
hujan selalu aje di kampong, Remi kata
dia dak dekat seminggu tak dapat menoreh getah….tapak tangan pun dah macam
tapak tangan artis katanye..dah lembut….
Tanya dia berapa rege getah sekarang?...kalo jual susu rege
dapat le dalam RM4+++ sekilo…sama rege macam 10 , 12 tahun sudah katanye….Rege
getah pernah capai rege RM13/kilo…berisi le sikit kantung orang kampong…Masa tu
dia boleh dapat dalam RM150++ sehari…
Dengan rege sekarang ni , pendapatannya ada le dalam RM45++
sehari…dengan keadaan hujan yang belarutan ni…bila dapat menoreh sehari , duit tu le yang cepat cepat
digunakan untuk membeli barang dapur dengan harapan esuk boleh menoreh lagi
untuk membolehkan duit diguna untuk membeli keperluan lain pulak…..Remi tanya
balik, cuba Tok bawak RM50 pegi paso ikan kat pekan tu, berapa jenis ikan boleh
dapat?... kita jawab , pepagi tadi dah pegi belikan stok ikan untuk mak…memang
mahal pun…jauh lagi mahal dari pasar pasar di bado dan Kajang….
Masa musim deroyan yang baru lalu, dapat le Remi pendapatan
lebih jual deroyan dari dusun pusaka, selepas berbagi sama rata adik beradik …
Kata kat Remi, cuma duduk kampung tol
tak kena bayo…..Cerita pasal tol, teringat pulak , ada pihak kerajaan
kata , lebihan pendapatan dari kenaikan tol baru baru, dapat le gomen membantu
rakyat dan orang kampong…..kita ni ambik percaya aje le……..