Thursday, October 1, 2009

Raya Puasa 2009

Yang menarik raya tahun ni

1. Lemang mak tak berapa menjadi
2. Anjang, Pak Anjang, Joji dan Safa ada di kampong masa BBQ malam 2 raya
3. First raya untuk Zara
4. Cipa The Champion - Dapat duit raya paling banyak
5. Makan ikan jewalat sungai Kampong gajah dan ikan sebarau dari Lenggong.
6. Mak Muo beraya di atas kerusi roda
7. Tido kat "bilik pengantin" selepas 14 tahun....

Thursday, September 17, 2009

Kamus Yeop 7 - Kusu Kelaso

Tido dalam utan ni tak selesa betoi le yeop.. dengan nyamoknye , paneh nye kusu kelaso aku di buatnye.... maknanya tak senang duduk le... macam budak budak kecik le tak tau diam, ada aje benda nak dibuatnya , kusu kelaso le tu...

My trusty bag


This humble bag was purchased back in 1988, during my university days.... wow... almost 20 years old! At that time I rode my bicycle with this bag on my back throughout my university days. The same bag was later provided its service for my daily use to my work place. Has been used by both of my sons and I ever since. Nowadays, Aun has been using the bag to carry his buku agama in the afternoon on weekdays and we use the bag for our outing and outdoor activities. Looking forward to seeing its endurance and durability. Hopefully I will last longer than this trusty bag.. Then again, the bag does not consume high concentrated cholesterol laced foods like I do...... Hemmmmm............

Harga Minyak

Masa dalam kereta pagi tadi bersama isteri , dengar berita dalam radio menyebut harga pasaran minyak dunia turun semalam disebabkan kebimbangan ekonomi dunia yang tak menentu..... Cakap kat isteri pelik betul alasan ni... Takkan lah dalam satu hari tiba iba semua orang bangun pagi terus bimbang pasal ekonomi yang tak baik. Hari sebelum tu tak pulak ada kebimbangan. ... itu yang harga minyak naik. Pakar pakar ekonomi ni cukup pandai cari alasan mengapa harga minyak naik atau turun. Tapi bila ekonomi mula nak gawat hujung tahun sudah, tak pandai pulak dia orang nak meramal ada tanda tanda awal nak jadi gawat. Orang Perak kata hempehhhh... ni le dia.

Sepuasa dan Bersantai bersama Mak

Hari Ahad, 13 puasa balik kampong sorang sorang sebab nak hantar barang barang recycled untuk diberi kepada sesaiap yang nak dan nak selesaikan masaalah pembantu rumah mak. Sampai di kampong, mak sambut di pintu... Balik sorang aje ke? Mak tanya.. ye, abang Ngah nak periksa UPSR and Mak Muo baru datang sampai rumah Kajang. Cium pipi mak macam biasa, lepas tu baring baring dengan dia kat "gerai" sambil gebang gebang dan mak pun bercerita apa yang berlaku dalam masa seminggu lepas. Abih abih bersembang dua dua terlelap. Bila jaga balik tengok mak tengah sembahyang Zohor. Lepas sembahyang, dengar mak baca doa dari kitabnya, panjang doa tu.... Bila masuk Asar, cakap kat mak nak ke Masjid sebab lepas Asar nak bayar Fitrah. Bayarkan sekali Fitrah mak, chu dan bibik dua orang. Puasa ni mak tak turun ke dapur pun, tak larat katanya.. Masuk waktu berbuka tengok banyak pulak makanan atas meja termasuk le lauk dari "more" di masjid. Berbuka dengan mak berdua saje... rasa special pulak.. Lepas maghrib bersiap siap nak balik ke Kajang. Mak hanto sampai ke pintu... baik baik bawak kereta ... pesannya... Cium pipi mak dan bagitau kita balik raya kedua dari rumah Muo. Lambai mak dari dalam kereta....Mak kata nak pergi terawih lepas ni.....

Wednesday, September 9, 2009

"More" Mak 2009


Ramadhan datang lagi... Seperti tahun tahun sebelumnya, "More" mak merupakan acara tahunan di masjid. Mak pagi pagi lagi dah ke masjid untuk bersama sama dengan kaum ibu yang lain memotong bawang, ayam dan lain. Semuanya berjalan lancar, cuma makanan tahun ni tak sehebat tahun sebelumnya dengan buget yang sama. Mak nampak puas hati dengan perjalanan "more' tahun ni. Selepas Asar orang kampong dah mula datang untuk tapau makanan sebagai juadaah berbuka puasa. "Dod" ditugaskan menghantar bungkusan makanan ke rumah nama nama yang telah mak tetap. Selitkan rm20 ke poket "Dod" sebagai duit minyak motornya... beso beno katanye.... tapi dia ambik juge... Anak anak semua balik kecuali Yong and Atam. Mak macam biasa duduk di Masjid sampai habis berbuka dan berterawih. Alhamdullilah..... semuanya berjalan teratur...

Kamus Yeop 6 - kemuhmuh maweh

Ko ni cuba le makan pelan pelan , aku tau le kome tu lapo....jangan le kemuhmuh maweh.........Maknanya gelojoh sangat le, macam Mawas.........