Tuesday, August 23, 2011

Moree Mak & Ramadhan 2011

Alhamdulillah, Ramadhan menjelang lagi dan dapat sekeluarga balik ke kampung untuk moree mak tahun ni. Macam biasa mak sibuk dari pagi dah ke masjid sampai le ke Maghrib, mengadun kenduri moreenya tahun ni. Resepinya biasa aje tahun ni, nasi minyak, dalca, timun & telur rebus dan ayam masak kuzi. Untuk santapan selepas terawih teh & kopi dan kuih buah melaka. Masa berbuka nampak semua hidang ada orang mengadap dan berselera. Disebabkan moree tahun ni pada hari Ahad, tak dapat le berterawih di masjid sebab semua anak anaknya nak balik ke rumah masing masing. Mak pun ikut sama balik ke rumah selepas Maghrib. Cuma Dadak aje tak dapat balik moree tahun ni


Masa dalam kereta mak rasa ralat tahun dia kata dah ramai kekawan dan sedara baik ke masjid dia dah tak ada... Mak Cik Nab, Ayah Ngah, Pak Ngah Abas dan 2 tiga orang lagi...sedih kita dengo..... Giliran kita tak tau bila pulak. Cuma mak seronok kali ni sebab cucunya yang dah lama tak menjeguk muka ke kampung tetiba muncul berbuka sama ke masjid. Itu le rahmat bulan puasa tahun ni......













No comments: