Orang kampong kata "more" ni kenduri berbuka puasa di masjid. Kat tempat lain kata "more" ni hidangan selepas terawih. Tahun ini "more" mak seperti tahun tahun sebelumnya, cuma resepi dah down graded sikit dengan peruntukan yang sama (terima kasih pada pak lah yang betul betul membela rakyat!!!!!!????) . Upah basuh pinggan pun sudah naik.Goreng ikan bawal diganti dengan goreng telor dadar. Macam biasa mak pagi pagi lagi dah ke masjid. Orang perempuan datang pagi pagi tolong siapkan pekakas dan perencah masakan. Selalunya mak akan bertandang di masjid se hari suntuk sampai malam, lepas terawih. Dia kena ambil tahu persediaan "more" berjalan lancar, walaupun sakit lututnya yang kronik. Resepi tahun ni nasi minyak dengan lauk dalca, ayam masak merah, telur dadar. Pukul 4 tukang masak mula memasak nasi minyak dalam kawah. Lepas Asar dah ramai orang kampong datang ambil lauk dan nasi untuk dibawa pulang sebagai juadah berbuka. Yang lain mula membuat hidangan untuk penduduk kampong datang berbuka di masjid.
Mudzil datang berbuka dengan kawan kawannya dari kolej. Semua anak anaknya balik kecuali Nizam. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Mudzil datang berbuka dengan kawan kawannya dari kolej. Semua anak anaknya balik kecuali Nizam. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment