Thursday, December 24, 2009

Cerita Pasal Nama

Masa dalam kereta balik ke Muo tadi , orang rumah cerita pasal kawan dia.... Nama kawan tu memang nama Jawa pekat, tapi nama abang dia Raja Ali... Jadi kawan kawan dia tanya ngapa nama abang ko Raja Ali pulak...? Jawab dia... masa ayah dia nak daftarkan nama abangnya kat pejabat pendaftaran, bapaknya sebut dalam telo pekat jawa "Rajali' untuk nama Razali. Yang tukang tulis tu ingat Raja Ali..... itu le pasal nama abangnya ganjil sikit untuk keluarga jawa..

Tapikan nama "Salehuddin" pun bukan nama kebiasaan keluarga jawa...... Tau tau le pulak sejarah nama dia ni.......

Oun Bersunat

Semalam bawak Oun pergi bersunat. Tanya dia ..Oun takut ke?.... Sikit sikit.... jawabnya. Oun cakap biasanya kalau kawan kawan bersunat banyak dapat duit... Oun tak dapat pun.... Yelah yelah... nanti Papa kasi.... cakap kat dia. Bila masuk bilik operation, ada seorang lagi kawan dia tengah dikebaskan burungnya. Oun kena salin kain pelikat dan baring atas katil menunggu gilirannya. Tak lama lepas tu doktor datang kebaskan burungnya pulak. Bila kawannya selesai... cakapkan Oun ... tengok tu kawan dah habis dia elok aje senyum.. Bila tiba giliran Oun, doktor cakap cuba pegang dan ada rasa apa apa tak? Dia jawab tak ada.... upacara berkatan pun bermula... 5 minit kemudian selesai le. Tanya doktor petang ni kalau nak bawak Oun balik kampung, perjalanan 2 jam ok tak? Doktor kata ok... jalan balik sampai ke Kelantan udah le... tambahnya... Doktor kata pakaikan dia trackbottom lepas tu taruk songkok kat bawah tu.... Dalam hati .... selalu songkok kat kepala atas aje,... ni dah ke kepala bawah pulak...apa apa le... Doktor kata hospital ada alat untuk tutup burung tu... tapi dekat seratus ringgit... membazir aje kata doktor tu.. Sebenarnya cawan kertas Mc. Donald tu pun boleh guna .... tambah Doctor tu lagi.... apa apa le doktor.....


Masa keluar bilik operation, Mamanya tegur.. macam mana Oun..? Cakap kat dia... Oun ok aje... Dia nak main bola petang ni.... Sampai rumah suruh Oun baring atas sofa.. dia mula menangis sakit katanya.... Tak jadi le mamanya pergi kerja sebab jaga dia.....Kita pun pergi tanam "ex kepak burung"nya kat tepi rumah...R.I.P.....
Sekarang ni Oun le yang paling alim kat rumah... ke sana sini asyik "bersongkok"... Tadi pun dia gunakan songkok tu untuk gerakkan mouse notebook dan taruk pinggan waktu makan bersila.... Eemmm dah beso anak jantan aku.....

Monday, December 21, 2009

Kueh Kueh kampong

Ni kueh kueh kampong yang diborong pagi pagi dari gerai dekat rumah mak. Yang special sekali..kueh piring terobang dan kueh popia goreng pedeah....Dan tak ketinggalan the humble nasi lemak Pak Ngah Abas ... Bungkusnya kecik, kena makan 2 bungkus minimum baru puas.....

Sunday, December 20, 2009

Mandi Sungai

Kalo balik kampong tak mandi sungai, rasa macam tak lengkap balik kampong. Bebudak cukup suka bila ajak mandi sungai, dah masuk dalam ayo, payah nak ajak keluo... sampae le petang dan kecut mucut kulit......

Perkahwinan Cucu Wan Non

Majlis di kampung minggu sudah, meriah dan dapat jumpa sedara sedara sebelah arwah Apak. Jumpa cikgu sekolah masa Tingkatan 1 dulu. Cam dia lagi muka kita.... Caterernya pulak kawan sekelas masa Tingkasan Satu.. sedap pulak masakannya dan dah berjaya juga le catering businessnya....

Sunset at Saujana Impian

Photos taken this evening after a brief rain

Saturday, December 19, 2009

Berkumpul di Genting 2009

Macam tahun tahun sebelumnya, berkumpul di rumah Dadak tahun ini awal sikit, selalunya masa Xmas. Dadak tengah sibuk periksa kertas soalan SPM. Keluarga Yong saja yang tak hadir. Macam biasa, makanan tak putus putus atas meja. Malam Jumaat tu, sembahyang berjemaah beramai ramai, baca yasin dan sembahyang Isyak. Pagi Sabtu, berjoging di sekeliling IAB dengan HM.Lepas tu join yang lain lain kat Gym.... buat exercise.... Lunch makan banyak lagi.. Bebudak masing masing dengan aktyivitinya computer games, PSP,boxing, badminton. Tengahhari turun ke Batang Kali servise kereta Spacewagon sebab overheated semalam. Pak Teh nak test drive Pug 308. Pergi sampai ke Ulu Yam dan empangan Gombak.... Masa balik jumpa Apek jual cendawan busut, beli tiga kilo. Petang bawak bebudak ke ladang Strawberi.. Makan icecream dan beli strawberi...

Pagi Ahad, mak pun pergi ke Gym, cuba macam macam....Balik dah ada breakfast nasi lemak dan hirup kuah sayur manis cendawan busut..... Sedih sebab tahun terakhir bekumpul di Genting. Dadak nak pindah ke Muazam...