Macam tahun tahun sebelumnya, berkumpul di rumah Dadak tahun ini awal sikit, selalunya masa Xmas. Dadak tengah sibuk periksa kertas soalan SPM. Keluarga Yong saja yang tak hadir. Macam biasa, makanan tak putus putus atas meja. Malam Jumaat tu, sembahyang berjemaah beramai ramai, baca yasin dan sembahyang Isyak. Pagi Sabtu, berjoging di sekeliling IAB dengan HM.Lepas tu join yang lain lain kat Gym.... buat exercise.... Lunch makan banyak lagi.. Bebudak masing masing dengan aktyivitinya computer games, PSP,boxing, badminton. Tengahhari turun ke Batang Kali servise kereta Spacewagon sebab overheated semalam. Pak Teh nak test drive Pug 308. Pergi sampai ke Ulu Yam dan empangan Gombak.... Masa balik jumpa Apek jual cendawan busut, beli tiga kilo. Petang bawak bebudak ke ladang Strawberi.. Makan icecream dan beli strawberi...
Pagi Ahad, mak pun pergi ke Gym, cuba macam macam....Balik dah ada breakfast nasi lemak dan hirup kuah sayur manis cendawan busut..... Sedih sebab tahun terakhir bekumpul di Genting. Dadak nak pindah ke Muazam...
Saturday, December 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment