Cuti panjang hujung minggu di bulan Ramadhan..... Hari Sabtu pagi sekeluarga , kecuali Abang Ngah pergi sebab ada tusyen untuk UPSR tak lama lagi, ke jalan TAR dan SOGO untuk membeli pakaian raya. Tempat penuh sesak, tapi nak jugak pergi. Selesai membeli pakaian di Wisma Yasin, beralih ke SOGO pulak. Punya le sesak dah macam ulat nangka. Dah masuk jam kedua, bapak nak anak anak tersadai kat tepi tepi kedai... dah tak larat tunggu Mak dan anak perempuannya yang tak tau letih memilih pakaian..
Hari Isnin (hari Merdeka) ajak Abang Ngah pergi beli baju raya dia pulak. Cakap kat dia .. Abang Ngah pilih le baju.. Ok lah ... jawabnya. Dia pusing pusing tak jumpa jumpa baju dia nak. Tolongkan dia pilih satu baju dan dia pekenan satu baju... Suruh pulak dia pilih seluar... Terkial kial dia cari.... Kita tolong pilihkan untuk dia.. Dia kata ok lah... Tanya dia nak lagi tak? Dia cakap cukup lah.... Mama dia kata kita carikan dia lagi selai seluar... Pegi masuk kedai lain, nampak satu seluar ada diskaun 50% tapi masih mahal lagi... suruh Abang Ngah cuba.. Dia pun cuba tapi selurr tu besar sikit, Tanya dia nak tak seluar ni? Dia kata tak payah lah, mahal.... membazir duit aje...... Dalam hati, ada juga anak aku yang macam ni.... harap harap perangai ni kekal le sampai ke tua...... Kalau adik jantan dia atau kakak dia lain pulak cerita, dia tak kira harga, dia kira apa yang dia nak aje.... tak dapat muncung tajam satu depa....

No comments:
Post a Comment