Thursday, November 18, 2010
Theory of Marketing & Lemang Mak
Raya tanpa lemang mak memang rasa tak sempurna.....Tapi tahun ni kita beraya korban di Kajang buat pertama kali. Selepas sembahyang sunat Aidil Adha tergerak hati nak beli sebatang lemang yang banyak dijual sepanjang jalan besar... tapi takut tak sedap pulak.... Nak beli tak... nak beli tak... Penyudahnya berenti kereta beli sebatang. Sampai rumah terus belah lemang ciciah dengan kuah kacang...boleh le tak le mengecewakan....
Dalam pukul 10 pagi tumpang jiran ke surau semula nak tengok jemaah surau menjalankan ibadah korban 7 ekor lembu... Meriah & ramai yang datang termasuk le kita yang dikategorikan sebagai nasi tambah aje...tak tolong pun....
Bila dah penat, kita telepon orang rumah mintak ambik kita awal, sms kat jiran kita balik dulu ada tetamu datang....Sambil menunggu orang rumah yang tak sampai sampai, kita dok perhati penjual penjual lemang kat tepi jalan besar tu. Ada yang lemang masih banyak dan ada yang yang dah tinggal 4 batang...Hasil kajian yang singkat di situ dapat le di buat rumusan, kena ada optimum jumlah batang lemang baru laris lemang dijual. Kalau lemang tinggal 4 batang, kereta tak singgah, mungkin atas dasar tak banyak pilihan , dan kalau lemang terlalu banyak orang tak singgah jugak mungkin membuat andaian lemangnya banyak sebab tak laku aka tak sedap le....Jadinya berapa jumlah optimum lemang kena ada dipamerkan yang membolehkan kereta berhenti & membeli???? Kena buat kajian lanjut le.... Jadi pada penjual lemang yang dah tinggal sikit tu kena sediakan "lemang dummies" bagi membolehkan sampai tahap optimum......
Anyway, we rated the lemang that we bought earlier about 5/10, really average... We finally got to taste lemang Mak 2 days later with special delivery from kampung. Preparation of Lemang Mak is a tedious task. The pulut is mixed with the santan and cooked over slow fire. The ratio is like 1 gantang of pulut to 12 biji kelapa kampung if I remember correctly. Once the santan is thicken enough the mixture is transferred into the buluh. The advantage of this method would avoid the pulut and santan from "muak" i.e overflowing while on fire and the same tasty lemang is evenly spread from one end to the other.
My final hope is that we will continue cherishing Lemang Mak in many many years to come....
Friday, October 1, 2010
Blessed 16th & 17th Syawal , 2010
Tuesday, August 31, 2010
Pesan Pak Utih - Shopping Raya
This article never fails to amuse me....
Membeli barangan adalah suatu aktiviti wajib untuk setiap manusia di muka bumi ini. Jual beli memudahkan kehidupan kita untuk memenuhi kehendak dan keperluan kita.
Membeli menyeronokkan apabila kita ada duit. Lagi menyeronokkan kalau barang yang kita belikan itu memenuhi kehendak hati kita. Ditambah seronok lagi kalau barang yang dibeli itu didapati dengan harga yang murah. Dan yang teramat sangat sukanya di hati kita ialah apabila ada orang memuji barang yang kita beli itu.
Makhluk di atas bumi ini yang paling seronok membeli-belah ialah perempuan. Bagi orang lelaki, ia adalah satu kewajipan. Tetapi orang perempuan, ia adalah hobi, melegakan tekanan jiwa, meredakan gundah gulana dan menghiburkan hati sanubari.
Orang perempuan kalau membeli kerosang (pin hiasan di tudung) mungkin mengambil masa 30 minit - 1 jam untuk membuat keputusan membelinya. Dalam fikiran mereka tercatat pelbagai maklumat yang dirujuk sebelum membuat keputusan seperti..sesuai tak dengan kebarung yang di baru beli tu.... match tak dengan warna tudung ... ada tak sesiapa sepejabat yang telah pakai corak pin ini .... harga yang ni sama tak dengan yang terdapat di kedai sebelah ... kalau pakai ni nampak pelek tak .... macam-macam seribu satu macam.
Lain sangat dengan orang lelaki. Contohnya membeli butang baju melayu. Itu pun kerana terlanggar semasa nak ke masjid, terus menanyakan harga...dan terus bayar. Tak sampai 2 minit. Langsung tidak terfikir sesuai tak dengan warna baju dan sebagainya. Ada lelaki tu pergi solat raya dengan memakai baju warna biru.. tetapi warna butangnya ada warna merah, emas dan ada yang dah terkeluar batu warna..itupun biasa aje terus pakai... asalkan ada butang sudaaaah laa. Itu orang lelaki. Kalau isterinya nampak , pasti perang sakan di pagi raya sebab suami pakai butang tak matching dengan baju...kata dia, "Nanti orang kata apa laah isterinya tak pandai nak mendandan suami".. malu dia.
Perbezaan inilah yang menyebabkan salah satu punca konflik di antara suami isteri terutama sekali di komplek-komplek membeli belah sekarang ini. Isteri nak waktu yang lama, panjat kedai sana panjat kedai sini untuk pilih satu kain..Suami nak cepat sebab dah tak tahan tengok cara isteri memilih barang. Akhirnya buat keputusan bawa anak lari ke restoren..LEGAAA.. boleh baca paper dan majalah.. itupun kot anak2 tu tak nakal dan buas nak merayau.
Yang paling suami tak suka ialah.. apabila tiba di rumah.... isteri mengadu barangan yang dibeli tersilap.. minta abg tolong tukarkan dengan segera.. Dahla berjam-jam pilih barang.. tiba di rumah ada juga yang tersilap..... suami mana tak melenting. Itu adalah tobii ciri-ciri wanita yang ciptakan oleh Allah. Bukan sesuatu kelemahan.
Oleh itu, untuk memastikan peristewa di atas ini tidak berulang, eloklah suami menggunakan tips ini. Paling kurang, tidaklah terlepas pahala puasa kita kerana asyik geram marah padanya semasa shopping tu.
1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".
2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama.Terhindar dari gangguan.
4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ...apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.
6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk saya"...?berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ....." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.
9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.
Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantisi lorong-lorong komplek membeli belah.Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih" :-)
wassalam
Pak utih

Tuesday, August 24, 2010
Sajak Merdeka - Ujang 1992
Sajak ini dicipta oleh kartunis Ujang dan telah dideklemasikan di UKM pada tahun 1992. Terimalah...
Sajak 'ATUK MERDEKA'
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi kayu.
Jika kau menjadi kayu,
Jadilah kayu golf,
Disebut kayu tetapi besi,
Diulit Dato', tauke dan menteri.
Jangan kau menjadi tunggul.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi pagar.
Jika kau menjadi pagar,
Jadilah pagar karan,
Dipicit suis power berjalan,
Dirempuh diusik, boleh pengsan.
Jangan kau jadi pagar makan padi.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau besar nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi mangkuk.
Jika kau menjadi mangkuk,
Jadilah mangkuk purba zaman batu,
Buruan ahli arkeologi setiap waktu,
Membawa bukti tamadun dan ilmu.
Jangan kau menjadi mangkuk hayun.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila kau dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi bintang.
Jika kau menjadi bintang,
Jadilah bintang di langit,
Tiada boleh ditukar wang ringgit,
Tidak boleh dijolok dikait.
Jangan kau menjadi bintang tiga.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin menjadi seluar dalam.
Jika kau menjadi seluar dalam,
Jadilah seluar dalam Superman,
Sarung di luar nampak gentleman,
Tiada manusia memberi komen.
Jangan kau menjadi seluar dalam model playboy.
Cucuku,
Kau ingin menjadi apa bila dewasa nanti?
Atukku,
Aku ingin MERDEKA .
Jika kau ingin MERDEKA ,
Lupakan tentang perarakan di Dataran Merdeka,
Simpanlah budget kereta berhias dan pentas lintas hormat,
untuk membeli kayu,
untuk membeli pagar,
untuk membeli mangkuk,
untuk membeli bintang,
untuk membeli seluar dalam,
untuk membeli MERDEKA.
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA !!!
Ujang

Wednesday, August 18, 2010
Mak yang Sebak
Dua hari sudah, seperti biasa telepon mak di kampung bertanya khabo berita. Sihat ke tidak, berbuka puasa apa, pegi terawih ke tidak, "moree" sapa malam ni dan soalan soalan lazim seterusnya.
Cerita kat mak, hujung minggu sudah Abang Ngah ada bawak balik kawan satu asramanya bermalam di rumah. Budaknya kecik aje, datang dari Kelantan, adik beradik 8 orang, ayah meninggal dunia tahun sudah, mak kerja kantin. Bila cerita kat mak bab ayahnya dah meninggal dengar macam mak sebak aje di hunjung talipon di sebelah sana... Mungkin le dia teringat 36 tahun yang silam, nasib kami 8 beradik dan mak , senasib dengan keluarga budak ni. Arwah apak meninggal pada usia 40an dan mak mengambil alih tugas sebagai nakhoda kapal mengemudi 8 orang anak yang semua masih kecik dan bersekolah....
Teringat macam mana susahnya dia dan kami membanting kederat pada hujung minggu, membukak hutan seluas 6 ekar untuk menanam getah, bekayuh basikal 1 jam , naik bukit basikal di pimpin, turun bukit baru sampai kekenu. Bawak bekal nasi makan tengahhari di tepi sungai kecik di dalam kebun getah selepas penat menebas and menebang pokok. Antara lorong getah, di tanam pokok pisang berangan di tanah yang subur. Habih makan, kutip lada burung, cukup banyak tumbuh di bawah pokok pisang dapat samai 1 ke 2 kilo sekali kutip.. Hari Isnin ke Jummaat mak menjaga kedai runcit kecik di kampung...
Itu le pengorbanan mak buat kami berlapan sampai ke hari ni.....Hujung minggu ni mak tertunggu tunggu kepulangan anak anaknya untuk "moree" mak di masjid. Itulah keseronokan hatinya sekarang, anak anak yang sekali sekala dapat bersua muka dengannya......................
Friday, July 9, 2010
Oun & The World Cup
Oun is a real sore loser, the extreme case that is...In few days time The World Cup will be over. Unfortunately, Oun has been on the wrong sides that really make him upset. Knowing Oun and his temperament (as bad the jabulani claimed by some..!!!), His first casualty was Brazil, followed by Argentina and finally what really broke the camel's back was Germany. My HM and I watched the semi final between Germany vs Spain that morning. We had expected that Germany would win the match but it did not happen. When we woke up in the morning I asked my HM to inform Oun the result of the game as soon as he opened his eyes. He stated to cry and refused to take his morning shower. He cried harder as I pressured to get ready for school.
In the car his crying got louder and louder. As soon as the car door opened the cry ceased immediately and he walked casually to the school gate as if nothing had happened a few seconds ago. Maintaining his macho....??????
For the final game, he better chooses the right team to avoid further disappointment and rage. Alternatively, he should be more heedful of Paul the sotong's advice...
Tuesday, June 15, 2010
"Masaalah Negara"
Thanks Mak Yang for doing the "dirty job" on behalf of us, 7 siblings. Pheww.......kena tempias....
Tuesday, June 8, 2010
My prayer is answered
Akhirnya mak bersetuju berjumpa doktor pakar lutut. 8 Julai ni hari operationnya. Semoga semuanya berjalan dengan lancar..... It has been a long battle and a lot of persuasion to convince her to undergo this operation.....
"Sinful" Indulgence
Last weekend while jogging with my HM, our lucks came in handy. We stepped on coins twice. The moment you saw the coins, your mind immediately responded "boleh beli icecream..!!!!", macam kecik kecik dulu....During the old days, aiskrim Malaysia was our favorite or rather affordable...10 sen/piece hemm.... can make your hot afternoon feel immaterial. Sucking the aiskrim plastic with your buddies under pokok ubi gajah...
Unfortunately, when come to our kids, ice creams are strictly "controlled items". Cipa is very sensitive to ice and aiskrim Malaysia is totally banned for her. When she came back from school with heavy coughs, immediately we knew that she had had some aiskrim Malaysia outside the school compound.
The other day, our friend told us about his father's trick when he was small. Every time the ice cream man made his daily round, he would ask the father about the noisy bell. His father never failed to answer "orang jual ayam..."
As for me and my HM, we always secretly buy and eat our favorite ice cream (macadamia Haagan Dazs....!!!) on the way home from work and increase the speed and the scoop as our car gets nearer to our home. The traces of the ice cream stay in the rubbish bin outside the house.....
Wednesday, April 28, 2010
Age & Numbers
While waiting for for my wife in the car this morning, I asked Oun "Ngapa Mama lambat". "Mama lama make up kot" was his response. I told Oun "Hemmmm Perempuan... and her make up" .. Oun asked back "Perempuan muda ke tua?" . To be on the safe side I refused to answer the question ... Later I described our conversation to my HM. Her final comment was " Age, tua or muda is only numbers ok" Hemmm..........
Thursday, April 8, 2010
My HM and her Sleepover
Pagi ni orang rumah bawak turun 2 bantal dan boston bag masa nak pergi kerja. Oun dan Abang Ngah memang dah tau mamanya nak sleepover malam ni kat rumah kawannya... Dia orang komen...mama ni dah tua tua pun nak sleepover.....kena gelak dengan bebudak.... Lepas tu dia orang tanya ada pillow fight tak? Dengar kata nak ada buat pizza le.. pyjama parade le.. hindustan movie session le...
But one thing for sure biasanya sleepover ni memang tak sleep pun dan yang lain lainnye yang ter"over"....Hemmm, macam macam ibu ibu moden sekarang ni......
Thursday, April 1, 2010
Din Beramboi Dalam Kenangan
Terkejut besar pagi ni bila dapat berita kematian Din Beramboi. Dari minggu sudah tertanya tanya mana pergi Din Beramboi bila buka radio pagi pagi masa nak pergi kerja.
Hari Selasa ber"blackberry" dengan Akmam, kebetulan mak dia kena bedah lutut di hospital Selayang. Dia cerita ramai artis datang ke sana sebab melawat Din Beramboi yang kena masuk ICU. Tanya Akmam dia sakit apa? Food poisoning jawabnya... Lepas tu hantar SMS kat orang rumah bagitau dia pasai Din Beramboi... Ornag rumah jawab turuk sangat food poisoning ni sampai masuk ICU....
Besuknya baru ada berita dalam suratkhabar pasal Din Beramboi kena denggi berdarah... Semalam baca berita, anak dia kata keadaan bapaknya dah eluk sikit dari hari sebelumnya.... Kita pun lega le... Tau tau pagi ni dah pergi....Saleh Yaakob pun kendur aje bunyinya pagi tadi..mcam penyidai kain melepa ke tanah.....
Rutin pagi pagi masa dalam kereta dengan orang rumah. 6.50am - hantar Oun & Cipa ke sekolah,- Oun pasang radio Fly FM. Oun dah keluar kereta cepat cepat tukar ke ERA 7am - sawan cara by Din Beramboi. 7.30am - radio ERA Drama Sebabak sambil makan breakfast masa jalan jam. 7.45am tukar ke Sinar dengar Saleh Yaakob sampai le ke ofis.
Tak boleh lupa bila Din buat jadi Indian guy.. siap dengan bunyi "ekk... ekk" tu... Dan jadi Chinese guy "along".... kelako gila....Masa program Raja Lawak ,program kegemaran Abang Ngah, Oun dan Cipa,Din jugak jadi bahan gelak bebudak...`1
Now, without him, our daily morning dosage of radio ERA won't be the same.....One thing for sure, it is not easy to be funny in the early morning... but not Din Beramboi...
Monday, March 29, 2010
Captain How!
While having teh tarik session with my client the other day, he told me about his company's previous Operations Manager (OM). This OM is a First Class Master Mariner, previously worked for an international Oil and Gas company. After retiring from this big company, he was employed by my client's company to tap his vast experince as a marine expert. Somehow, after a while, the staff dubbed him as "Capt How". The reason being, every time his staff had operation problems and brought up the matters to this OM, his standard response was ..so how? ...so How? .....This OM did not last long with his new job...
Hemmmm.....the moral of the story, don't be fooled by these dudes who claim to have long and high position in big international companies, When come to actual works, they know nuts.........
Thursday, March 25, 2010
Lotus F1 Team
Found this article the other day, funny but the sarcasm is very true...Two big budget airline owners (Tony vs Branson) try to outdo each other on this F1 platform. The difference is that the former is trying to fulfill his ego with taxpayers' money ... remember when Petronas had decided to sponsor Merc team instead of Lotus F1 team, how disappointed Lotus F1 team was with the announcement ..... Interesting to see for how long this team can survive...knowing that other well established car maker teams, Toyota and Honda withdrew from the F1 due to tight budget..
How Lotus F1 can win the Malaysian Grand Prix
MARCH 23 — As season openers go, Bahrain GP turned out to be the biggest yawn in recent F1 memory.[1]
A snoozefest in the baking hot Arabian desert, it was so spectacularly boring that even the camels performed synchronised spitting in protest.
On my part, I managed to grow a beard, knit a sweater and negotiated a cease-fire in the Middle East while watching the race.[2]
F1 is in danger becoming mind-numbingly pedestrian affair this season, rather than the pinnacle of motorsports that it is.
But that is for Bernie Ecclestone to figure out with a little help from his friends. My focus and main concern is the pace — or rather, the lack of it — of our very own Malaysian team, Lotus F1 Racing.
The team qualified five seconds off the pace and the race wasn’t much better, although the team insisted that they were happy to have reached their target as Kovalainen and Trulli finished the race in 15th and 17th positions respectively.[3]
Not exactly something to write home about but rather bizzarely, it was enough to prompt a celebration, and the team popped the bubbly in Sakhir.
I hate to spoil all the warm and fuzzy feeling but before we go all cigar-and-confetti, it should be noted that this is F1 and completing a race is the minimum expected from competing teams.
As Lord Browne of Madingley [4] famously observed,[5] there is a huge difference between blind optimism and denial, and positive PR spin cannot obscure the yawning chasm between Lotus and the front-runners.[6]
I admit that I am not particularly enamoured or impressed by the Lotus F1 venture. Having said that, I’d like to think that I am as patriotic as the next person, so I suppose I should help by coming up with some ideas which can help Lotus F1 team to boost its chances.
I have come up with a cunning plan to improve Lotus F1 performance and spare everyone from further embarrassment.
In fact, the strategies that I am going to outline below will allow the new incarnation of Team Lotus — which is a private venture and not using taxpayers’ money — will score its maiden victory at Sepang Circuit on April 4th, 2010.
This should give Lotus F1 — which is a private venture and not using taxpayers’ money — some semblance of respectability and silence the critics.
My humble suggestions are as follows:
Road blocks
Setting up road blocks is a skill that our authorities have perfected on Malaysian roads not only during festive seasons and musim-musim perayaan (Ops Sikap et al), but also during normal peak hours. If we can put this obstacle in place at Sepang Circuit, then it will be a more effective way to slow down the cars than, say, building more chicanes. This will allow Lotus Racing to catch up and — dare I say it — overtake the rest of the grid. First win of the season, here we come, baby!
Pot holes
Mr Ecclestone did mention last season that our Sepang facility looked a bit tired and shabby. Although we have the budget to spruce up the track,[7] don’t spend the money just yet and don’t fix the potholes.[8] Once the race starts, bring out our JKR guys and this should trigger a Safety Car [9] situation. Behind the pace car, everyone will travel at more or less the same pace, so we won’t be 5-6 seconds off the pace anymore. Problem solved.
Tolls
We can install temporary toll booths at the entry and exit of the pit lane. Teams will be asked to pay cash and you can imagine the stunning spectacle of Fernando Alonso fumbling over foreign coins to pay the right amount of toll charges, and cars queuing for their turn. For Lotus, of course we will equip the car with a state-of-the-art technology called “Smart TAG.” I know it doesn’t always work [10] but it is certainly faster. This should allow Lotus to gain a few precious seconds against its rivals.
The benefit of this intervention is limited because of the no- refuelling rule and most teams will probably make only one pit stop to change their tyres during the whole race. Therefore, we should consider introducing mandatory toll charges every 10 or 15 laps.
Strategic placements of sign boards
If you are driving at Sepang Circuit, you will see two types of signboards along the 5.543km track viz. (a) the advertisement by sponsors, and (b) the 200-100-50 signages which indicate the distance to the next turn and, by extension, your braking point.[11] I would suggest that we replace these signboards with the confusing ones we normally have on our roads in Klang Valley. For instance, we know that if we were to follow a signboard that says ‘Damansara’, we either promptly end up in Hulu Langat or arrive in Damansara three days later.
We should install something similar at Sepang Circuit to confuse the drivers and they will probably end up in Dengkil or Senawang instead of finishing the race. Alternatively, we can also replace the advertising boards with photos of grinning politicians wishing the rakyat Selamat Hari Raya/Gong Xi Fa Cai/Happy Deepavali.
Teams to use different fuels
We should insist on using RON97 for Lotus F1 and RON95 for the rest of the grid. If we believe half of the things that the self-proclaimed motorheads in Malaysia are saying about how RON97’s extra oomph and vroom, then Lotus F1 has a good chance of outpacing its rivals.
And just to spite everyone, RON97 will be available to Lotus F1 at the current subsidised rate of RM 2.05 while the subsidy elements in RON95 pricing will be removed completely. Now, THAT will hurt them financially.
Compulsory road tax for F1 cars
The teams must now apply for a special road tax, and we must make them believe that it’s easy to apply for one. All they have to do is go online, click a few icons, and Nor Fazura will miraculously appear infront of them, bearing the proper documentations. In reality, we will of course frustrate them by making them work through the bureaucracy juggernaught.
Imagine having team representatives ambil nombor and queueing, while the officers in charge disappear for their 3rd mid-morning teh tarik and return hours later to inform everyone that ‘fail hilang’. One more distraction for the teams [12] and I can already imagine Luca di Montezemolo [13] fuming over this matter.
Change the food in the paddock
Say goodbye to pasta and all the healthy options, and say hello to nasi lemak, nasi kandar, mee goreng mamak, chee chong fun and ewe char koay. And of course, the invigorating and all-pervasive teh tarik. It will upset the diet of their drivers and they will not be able to perform at their optimum level.
Expect some comic moments as the likes of Vettel, Alonso and Hamilton dashing for the toilets just before the race, no thanks to nasi kerabu with budu. That would make for excellent TV – a perfect antidote the somewhat boring race we’ve seen so far.[14] Trulli and Kovalainen on the other hand will have no such problem because they are Lotus drivers and Lotus is a Malaysian team (not British, mind). They both would have been properly conditioned by now and can withstand the rigours of nasi kandar ayam madu kuah campur and a helping (or two) of teh tarik.
Teams to travel on Air Asia
This is part of our two-pronged strategy (see also ‘Hotels’ below) to make it difficult for all teams right from the start. Seduce them with cheap Air Asia fares, which means (a) everyone can fly (b) everyone has to cope with the usual delays, and (b) everyone has to use the LCCT, which has rubbish facilities, really. The teams should also be asked to get their own taxis from LCCT to their hotels (good luck with that). A frustrating time is guaranteed for all.
Hotels
To compound their misery, put the teams in hotels that are far from the circuit. Traditionally, teams stay at KLIA Pan Pacific and Putrajaya Marriott which are a short drive to Sepang Circuit. The trick is to put all the teams (except Lotus F1, which can remain in either hotel mentioned earlier) in hotels closer to KL so that the traffic jam will absolutely kill them. There are plenty of 5-star hotels right smack in the middle of KL, and there’s no shortage of rumah tumpangan. But of course, the best option is Tune Hotel (ahem), which is on Jalan TAR, where the traffic can be a bit of a nightmare. There’s an LRT station nearby, but you know how LRT works in this country. Again, the key is to frustrate the teams.
Use outriders
If all of the above measures fail to curtail the speed of the rivals relative to Lotus’ own tortoise-sque pace, then we have one more ace up our sleeves: use of outriders, courtesy of Polis DiRaja Malaysia. Instead of wasting their time weaving in and out of heavy traffic in KL to make sure VIPs/VIPs-wannabe can breeze through in their non-JPJ-approved tinted Mercedes, they will be better utilised to provide police escort to Lotus F1 team. All other cars on the grid will be forced to slow down and give way, so Lotus cars can gently move themselves up towards the sharper end of the grid, all the way to the chequered flag.
Now, you will have noticed that most of the above measures will require some fairly minor tweaking of existing regulations, and possibly renegotiations of commercial rights owner, Lord Bernie.
You may argue that there’s no way on earth that the FIA is going to allow this to happen, but here comes the clever bit. We can — in fact, will — use our very own secret weapon within FIA: Datuk Seri Jean Todt, the current FIA President.
We can get him to allow special dispensation and bend the rules a bit only for the Malaysian Grand Prix. I mean, if he cannot help us with this, then what for we gave him Datukship? He thinks can simply get, issit? How can. We already scratched his back, so now is time for him to scratch our bottoms.
To sweeten the deal, maybe we can offer him to buy one of the islands off Terengganu waters at a heavily discounted price.[15] Alternatively, the price of land and houses in Selangor is pretty good too.
According to an ex-government servant who shall remain nameless, you can actually purchase a 50,000 sq ft house/mansion/estate for as little as RM3.5 million, which is probably how much Jean Todt makes in 20 minutes for looking all serious in the F1 paddock and occasionally rubbing his belly. An amazing deal and a win-win situation, I’d say.
As for Bernie Ecclestone, we just have to work things out with the F1 chief and negotiate some kind of commercial deals to get him to support the regulation change. Presumably, everything has a price, and Tony Fernandes is a businessman extraordinaire and an excellent deal-maker.
As things stand, we have one week before the race in Melbourne and two weeks before the F1 circus comes to town. We should start putting the measures I just suggested in place. We don’t have a lot of time but everything can be achieved if we do our work with unwavering patriotism.
If the suggested strategy actually works, I am confident that Lotus F1 Fan Club membership will swell beyond its current tally of three shareholders, an electrician, a slightly deaf Galápagos giant tortoise (Geochelone nigra)[16] and a Nepalese goat (Nepalianus Capra hircus).[17] But if it doesn’t work, we can remain optimistic and grin like a bunch of idiots, and our prospects will be immeasurably enhanced.[18]
If Lotus F1 actually wins a race, there will be another interesting thing to observe. The Italian/Finland national anthem will be played first [19] followed by the constructor’s national anthem. Now, considering that Lotus is a Malaysian entry, the national anthem that will be played is ‘Negaraku’ and not ‘God Save The Queen’.[20]
I am sure Malaysians will be proud and swell with pride, but I wonder how the British public will react. After all, Lotus F1 is really part of British racing heritage and they are mighty proud of it. And we already promised to protect the legacy left behind by the legendary Colin Chapman.
But that’s a different discussion for another day in a different column.
In the meantime, all together now: Malaysia Boleh!
Sunday, March 21, 2010
Kamus Yeop 16 - Basi
Semalam balik kampung dan sebelah petang bawak Oun dan Abang Ngah ke kedai gunting Abang Pi. Sekepala baru RM3, murah tu... Abang Pi ni dah menggunting rambut dari zaman kita kecik kecik lagi sampai le sekarang. Dulu kecik kecik, sebulan sekali, ikut arwah Apak naik basikal beso dia, duduk kat palang ke pekan, pergi gunting rambut kat kedai Abang Pi. Lepas tu Apak belanja makan mee rebus kat kedai Hamid sebelah. Kedai Abang Pi sekarang tak banyak berubah walau pun dah berpindah 2 , 3 kali.
Masa menunggu giliran bebudak bergunting sempat bersembang dengan Alang Dan. Dia kata pagi tadi ada orang kampung meninggal dunia. Yang tukang buat keranda tu masa sukat panjang keranda berpandukan panjangnya arwah saja , tak ada basi. Terkejut pulak bila dia sebut basi. Dalam hati apa hal pulak orang dah mati ada masaalah basi basi ni..... Sebenarnya basi ni bahasa lama selalu diguna oleh tukang jahit atau tukang kayu. Maknanya "lebih". Kalau potong kayu/kain tu kena ada basi dikedua dua hujungnya. Teringat pulak Mak Muo pun selalu sebut basi bila dia bercakap pakai potong potong kain yang dia ambil upah jahit dulu dulu....

Tuesday, March 9, 2010
Berkelah di Kebun Pak Uda CNY 2010
Balik bercuti ke kampung semperna CNY. Ramai ramai berkelah makan tengah hari di tepi sungai kat kebun Pak Uda. Habis makan semua pakat terjun sungai. Pak Uda tolong pimpinkan Mak turun mandi.
Jumpa bebudak kampung menyelam tembak ikan.. Teringat masa zaman kecik kecik dulu, buat benda yang sama. Tapi sekarang ni lubuk pun dah tak ada. Ikan pun dah kurang banyak. Ikan rhong, ubi, lampam, baung, sebarau, tengas, kelah, selemang, tilan, sia sia, umbut umbut, kaloi, udang galah. Banyak yang dah pupus.....

Subscribe to:
Posts (Atom)