Wednesday, August 18, 2010

Mak yang Sebak











Dua hari sudah, seperti biasa telepon mak di kampung bertanya khabo berita. Sihat ke tidak, berbuka puasa apa, pegi terawih ke tidak, "moree" sapa malam ni dan soalan soalan lazim seterusnya.

Cerita kat mak, hujung minggu sudah Abang Ngah ada bawak balik kawan satu asramanya bermalam di rumah. Budaknya kecik aje, datang dari Kelantan, adik beradik 8 orang, ayah meninggal dunia tahun sudah, mak kerja kantin. Bila cerita kat mak bab ayahnya dah meninggal dengar macam mak sebak aje di hunjung talipon di sebelah sana... Mungkin le dia teringat 36 tahun yang silam, nasib kami 8 beradik dan mak , senasib dengan keluarga budak ni. Arwah apak meninggal pada usia 40an dan mak mengambil alih tugas sebagai nakhoda kapal mengemudi 8 orang anak yang semua masih kecik dan bersekolah....

Teringat macam mana susahnya dia dan kami membanting kederat pada hujung minggu, membukak hutan seluas 6 ekar untuk menanam getah, bekayuh basikal 1 jam , naik bukit basikal di pimpin, turun bukit baru sampai kekenu. Bawak bekal nasi makan tengahhari di tepi sungai kecik di dalam kebun getah selepas penat menebas and menebang pokok. Antara lorong getah, di tanam pokok pisang berangan di tanah yang subur. Habih makan, kutip lada burung, cukup banyak tumbuh di bawah pokok pisang dapat samai 1 ke 2 kilo sekali kutip.. Hari Isnin ke Jummaat mak menjaga kedai runcit kecik di kampung...

Itu le pengorbanan mak buat kami berlapan sampai ke hari ni.....Hujung minggu ni mak tertunggu tunggu kepulangan anak anaknya untuk "moree" mak di masjid. Itulah keseronokan hatinya sekarang, anak anak yang sekali sekala dapat bersua muka dengannya......................

No comments: