Malam tadi masa check file dalam notebook, jumpa cerita cerita ni yang dah siap ditulis tapi lupa nak masukkan dalam blog. Bila baca balik baru teringat .. rasanya raya tahun 2008. Menarik juga ceritanya......
Cerita 1
Macam tahun tahun lepas, lepas sembahyang raya pergi ke kubur bersama mak dan keluarga. Sambil sambil mencuci kubur dan membaca doa kepada arwah apak, tok, opah, acik dan chu. Jumpa ramai pengunjung lain yang sama datang menziarah. Ada yang nak macam kenal ada yang tak kenal langsung. Ada yang tengah kelam kabut nak cari kubur mak dan ayah mereka dah dah lama tak dikunjung. Terhendap hendap dari satu nisan ke satu nisan,baca cacatan di nisan. Ada satu keluarga ni , datang dengan kereta besar MPV , baru la tu agaknya. Mungkin le warga kota pulang beraya ke kampung...... Semua anak beranak turun kereta dan menunggu di luar. Disebabkan kubur yang hendak diziarah jauh ke dalam, cuma yang dewasa sahaja pergi , yang lain tinggal kat tepi jalan di tepi kereta bersama pemandu wanitanya, takut nanti baju raya kotor agaknya. Masa nak balik lalu kat tepi kereta tu, nampak pemandu wanita dengan pakaian raya yang serba indah sedang mengelap ngelap tempat masuk kereta membuang habuk pasir. Maklumlah jalan kampung berlopak dan berlumpur. .... Suara stereo keretanya memecah kesunyian di tanah perkuburan........
Dalam hati , ni dah tak kena tujuan ziarah kubur ni......
Cerita 2
Pada raya kedua, ada berita kematian sebelah keluarga isteri Pak Uda. Tragik sekali ceritanya hidupnya. Meninggal dunia setelah merana hidup sekian lama. Si arwah masa mudanya sangat jelita dan telah mempunyai kekasih sendiri, tetapi telah dipaksa oleh bapak saudaranya, seorang ketua kampung, untuk berkahwin dengan pilihannya seorang haji yang menetap di Mekah. Setelah kahwin si Haji membawa isterinya balik ke Mekah. Apakan daya si arwah mengikut saja walaupun dia tidak bahagia. Ada masanya dia didera oleh suaminya. Mendapat dua cahaya mata dan di sinilah bermulanya si arwah mendapat penyakit tekanan jiwa dan dihantar balik ke Malaysia seorang diri. Sejak hari itu, si arwah selalu berbasikal di pekan. Dalam bakul basikalnya sentiasa ada kain lampin dan anak patung sambil berbual bual sendirian dengan ”anak kecilnya”.
Baru baru ini, setelah berpuluh tahun , ada anak anaknya datang melawat si arwah dari Mekah. Malangnya si arwah tak dapat terima mereka sebagai anak anaknya sebab , si arwah cuma tahu anaknya masih kecil lagi yang ditinggalkan di Mekah dahulu yang dibawanya setiap hari di dalam bakul basikalnya. Tak dapatlah anak anaknya hendak membawa maknya balik ke Mekah.
Sebelum kematian si arwah, dia tinggal seorang diri dan dijenguk jenguk oleh kakaknya. Tangan kakaknya pula baru baru ini kena dipotong sebab berpenyakit dan si arwah dalam usia tuanya makin terpinggir sehinggalah dia dimasukkan ke hospital dan meninggal pada 2 Shawal yang sudah. Mungkin ada hikmah permergiannya begitu.
Diceritakan juga bekas kekasihnya pun turut merana dan tidak berkahwin sampai sekarang.............
Cerita 3
Di malam raya sempat berjumpa cucu saudara yang menetap di kampung. Sembang sembang dengan dia. Tok cuti berapa hari? Kita kata seminggu le.. Dia jawab kalo tak cukup cuti tu, Remi (nama dia) boleh sain tambah lagi .....
Anak bongsu dalam keluarga, sekarang menjaga ayahnya yang tua dan dah tak berkederat. Bertanya kat dia hal adik beradiknya , duduk di mana, kerja apa, berapa anaknya,... soalan soalan wajib bila dah lama tak jumpa.
Cerita pasal abangnya bekerja bomba dan dah ada 7 orang anak semua bersekolah, 3 orang di kolej. Selalu mengadu belanja sara hidup yang terlalu tinggi membesarkan anak anak. Si Remi ada memujuk abangnya balik saja ke kampung , sewa tak payah bayar, belanja belanja lain banyak yang boleh dielak. Abangnya bila hujung minggu atau cuti panjang balik kampung pergi menoreh getah cari duit tambahan....
Si Remi bercongak... katakan lah gaji abangnya busuk busuk RM2 ribu. Belanja anak anak kalau seorang RM1 pun dah RM7 satu hari... satu bulan dah RM150 ringgit. Sewa rumah, api, air, minyak van, duit dapur etc....... Kata Remi bukan masaalah gaji tak cukup, memang banyak belanja tu tak ada dalam buget, tu yang kena buat kerja tambahan. Kalo nak musim raya dan anak nak naik sekolah lagi le bertambah belanjanya.....
Menoreh getah sekarang pun boleh tahan pendapatan . Harga getah sekarang katakan RM6/kilo. Kalau satu hari boleh dapat 50 kilo, dah ada RM300 sehari. Katakan menoreh 10 hari sebulan dah RM3 ribu.... banyak tu untuk orang kampung.....
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment