Pergi terawih hari tu di Surau Saujana Impian. Semasa solat Isyak kita sembahyang le dengan selesa. Semasa nak mula solat Tarawih, sebelah kiri kita kosong. Datang le hamba Allah dari belakang ni berdiri di sebelah dengan berbekal satu botol tupperware air kosong. Di letaknya botol tu betul betul depan tempat dia nak sujud dan betul betul di belakang kaki makmum di hadapan.
Terfikir pulak kita risau le pulak nanti masa makmum depan tu nak duduk antara dua sujud takut terkena bekas air tu...Kita cuba le nak kusyuk dalam sembahyang kita...tapi disebabkan botol tu di depan mata kita memang le satu yang susah...Makmum yang lain pun rasanya senasib dengan kita...unnecessary distraction...Makmum yang depan tu pulak kainnya tinggi dari paras tumit dan setiap kali dia rukuk, botol tu akan masuk ke bawah kainnya. Bila dia bangun nasib le kain tu lepas keluar dari botol tu...puhhh lega...
Befikir kita lagi, si hamba Allah ni siang hari berpuasa lebih dari 12 jam tak le pulak sibuk nak bawak botol air kosong ni dan boleh tahan pulak, ni masa nak sembahyang terawih tak sampai 1 jam kena ada botol air tu. Sepatutnya dia cari le kat saf hadapan atau saf kat hujung sekali, senang le nak letak botol airnya dengan "selamat" dan tidak mencetuskan suasana "cemas" kepada makmum lain setiap kali botolnya masuk ke bawah kain makmum di hadapan...
Kemuncak "kecemasan' akhirnya terjadi jugak waktu rukuk rokaat terakhir tarawih...macam cerita hindustan pulak..kain tu tak lepas dan terbalik le botol air tu dan tergolek di antara kaki makmum di hadapan...
Alamak.. macam mana makmum depan nak turun duduk di antara dua sujud ni???....Sebaik saja si hamba Allah sebelah ni turun sujud, tangan sebelahnya terus capai botol air tu dari celah kelangkang kaki makmum depan.... puhh selamat keadaan dan sebab brand botol air tu dari jenama popular tak le pulak air tu tumpah....
Selesai sembahyang kita renung lama lama muka hamba Allah ni... tapi ada nampak aura aura rasa bersalah pun....Berjanji le kita malam malam ke hadapan kita nak cari saf yang jauh jauh dari makmum berbekal botol air ni...Terfikir le pulak nak bagitau kat tok bilal mintak buat pengumuman supaya makmum meletakkan botok botol air minumam di tempat yang lebih "selamat' bukan di celah kelangkang makmum hadapan...Berapa banyak le tinggalnya pahala sembahyang kita malamm tu, tak tau le..???? Semua gara gara makmum berbotol air kosong...
Sunday, August 28, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Moree Mak & Ramadhan 2011
Alhamdulillah, Ramadhan menjelang lagi dan dapat sekeluarga balik ke kampung untuk moree mak tahun ni. Macam biasa mak sibuk dari pagi dah ke masjid sampai le ke Maghrib, mengadun kenduri moreenya tahun ni. Resepinya biasa aje tahun ni, nasi minyak, dalca, timun & telur rebus dan ayam masak kuzi. Untuk santapan selepas terawih teh & kopi dan kuih buah melaka. Masa berbuka nampak semua hidang ada orang mengadap dan berselera. Disebabkan moree tahun ni pada hari Ahad, tak dapat le berterawih di masjid sebab semua anak anaknya nak balik ke rumah masing masing. Mak pun ikut sama balik ke rumah selepas Maghrib. Cuma Dadak aje tak dapat balik moree tahun ni
Masa dalam kereta mak rasa ralat tahun dia kata dah ramai kekawan dan sedara baik ke masjid dia dah tak ada... Mak Cik Nab, Ayah Ngah, Pak Ngah Abas dan 2 tiga orang lagi...sedih kita dengo..... Giliran kita tak tau bila pulak. Cuma mak seronok kali ni sebab cucunya yang dah lama tak menjeguk muka ke kampung tetiba muncul berbuka sama ke masjid. Itu le rahmat bulan puasa tahun ni......
Masa dalam kereta mak rasa ralat tahun dia kata dah ramai kekawan dan sedara baik ke masjid dia dah tak ada... Mak Cik Nab, Ayah Ngah, Pak Ngah Abas dan 2 tiga orang lagi...sedih kita dengo..... Giliran kita tak tau bila pulak. Cuma mak seronok kali ni sebab cucunya yang dah lama tak menjeguk muka ke kampung tetiba muncul berbuka sama ke masjid. Itu le rahmat bulan puasa tahun ni......
Subscribe to:
Posts (Atom)