Masa berbuka nampak semua hidang ada orang mengadap dan berselera. Disebabkan moree tahun ni pada hari Ahad, tak dapat le berterawih di masjid sebab semua anak anaknya nak balik ke rumah masing masing. Mak pun ikut sama balik ke rumah selepas Maghrib. Cuma Dadak aje tak dapat balik moree tahun ni
Masa dalam kereta mak rasa ralat tahun dia kata dah ramai kekawan dan sedara baik ke masjid dia dah tak ada... Mak Cik Nab, Ayah Ngah, Pak Ngah Abas dan 2 tiga orang lagi...sedih kita dengo..... Giliran kita tak tau bila pulak. Cuma mak seronok kali ni sebab cucunya yang dah lama tak menjeguk muka ke kampung tetiba muncul berbuka sama ke masjid. Itu le rahmat bulan puasa tahun ni......


No comments:
Post a Comment