Thursday, September 3, 2009

Bila Isteri Merajuk

Pagi ni bila mandikan Cipa sebelum dia pergi Tadika, Cipa cakap Mama merajuk malam tadi. Tanya dia.. Ngapa? Mama merajuk sebab Cipa dengan Papa kata Mama tak cantik.... Tapi Cipa dah mintak maaf. So cakap kat Cipa, emmmm nak kena cakap kat Mama dia cantik selalu lah.... Ye lah...jawab Cipa.



Masa pakaikan baju tadika Cipa, tanya dia pulak.. Mama dah tegur Cipa ke? Tak... jawabnya.... Emmm ini dah kes berat ni, itu yang sampai tak bangun sahur..... Oklah kita rewind apa jadi malam sebelum tu...



Lepas Maghrib masa baring atas katil , Cipa tengah buat show dia, membaca buku cerita sambil beraksi di sebelah... Mamanya baru abis sembahyang dan datang duduk kat tepi katil nak baca doa doa dari buku agamanya. Kita panggil Cipa nak bisik .... Cipa, tengok Mama tu mulut kumut kamit dari tepi... macam Princess Fiona....Lepas tu kita berdua giggled kacau Mama. Lepas tu usik usik lagi ... Mama balas balik ...... Tak semena mena dia turun duduk di lantai.. Kita pun bersiap le nak pegi terawih.. tiba tiba Cipa cakap Mama nangis.. ambik tissue.. Cipa tanya ngapa Mama nangis ... dia tak jawab... lepas tu Cipa pun lari ke bawah dan kita pun pergi le ke masjid. Balik terawih, tengok Mama dan Cipa dah tidur. nampak macam dia peluk Cipa..ingat dah ok le.....



Bila waktu bersahur , kita pun bangun le kejutkan Abang Ngah dan Aun.. Lepas tu suruh Aun kejutkan Mama... Aun kata Mama jawab ok.. Tak bangun bangun sampai sudah... Wah ni merajuk betul ni.... Sampai le ke waktu mandikan Cipa. Pergi keja sebelum masuk kereta kita panggil Cipa dan cium pipinya macam selalu, Mama dia buat tak tau aje... marah lagi le tu....



Ok lah ok lah.... nanti kita puji dia selalulah.... tak lagi macam Princess Fiona.....

Wednesday, September 2, 2009

Silly Us - Mr & Ms Potato


..........
Cipa....

Mama............




Abang Ngah......










Abang Aun....
Kak Long......












































Tuesday, September 1, 2009

Kamus Yeop 5 - Menceka duku

Ko ni Yong..! ngapa ko biokan anak ko tu teperuk kat tepi tembok tu menceka duku..? Bawak dia ke sini main dengan bebudak yang lain. Maknanya duduk diam tak tau nak buat apa....

Abang Ngah & Pakaian


Cuti panjang hujung minggu di bulan Ramadhan..... Hari Sabtu pagi sekeluarga , kecuali Abang Ngah pergi sebab ada tusyen untuk UPSR tak lama lagi, ke jalan TAR dan SOGO untuk membeli pakaian raya. Tempat penuh sesak, tapi nak jugak pergi. Selesai membeli pakaian di Wisma Yasin, beralih ke SOGO pulak. Punya le sesak dah macam ulat nangka. Dah masuk jam kedua, bapak nak anak anak tersadai kat tepi tepi kedai... dah tak larat tunggu Mak dan anak perempuannya yang tak tau letih memilih pakaian..

Hari Isnin (hari Merdeka) ajak Abang Ngah pergi beli baju raya dia pulak. Cakap kat dia .. Abang Ngah pilih le baju.. Ok lah ... jawabnya. Dia pusing pusing tak jumpa jumpa baju dia nak. Tolongkan dia pilih satu baju dan dia pekenan satu baju... Suruh pulak dia pilih seluar... Terkial kial dia cari.... Kita tolong pilihkan untuk dia.. Dia kata ok lah... Tanya dia nak lagi tak? Dia cakap cukup lah.... Mama dia kata kita carikan dia lagi selai seluar... Pegi masuk kedai lain, nampak satu seluar ada diskaun 50% tapi masih mahal lagi... suruh Abang Ngah cuba.. Dia pun cuba tapi selurr tu besar sikit, Tanya dia nak tak seluar ni? Dia kata tak payah lah, mahal.... membazir duit aje...... Dalam hati, ada juga anak aku yang macam ni.... harap harap perangai ni kekal le sampai ke tua...... Kalau adik jantan dia atau kakak dia lain pulak cerita, dia tak kira harga, dia kira apa yang dia nak aje.... tak dapat muncung tajam satu depa....

Thursday, August 27, 2009

Cipa dan Ramadhan



Hari puasa pertama dan kedua Cipa puasa penuh masa kami semua di kampong Muar. Kuat juga anak kecik 6 tahun ni berpuasa. Balik ke Kajang , Papa dan Mama dia pergi kerja, Cipa tak puasa. Esoknya dia janji berpuasa sampai pukul 2 petang. Dia kata ok. Lusanya dia janji berpuasa sampai pukul 4 petang. Hari ni mama dia kata Cipa puasa sampai pukul 5 ok? Mula tu dia kata ok, tapi dia ubah fikiran pulak. Pukul 1 la dia cakap ... Mama dia tanya ngapa pulak pukul 1? Dia jawab, kan belum pernah berbuka pukul 1 lagi... Hemm betul jugak....


Hari tu, Cipa cakap kat Mama dia... Cipa suka bulan puasa! Kenapa? Mama dia tanya balik. Sebab bulan puasa, Mama dan Papa balik cepat... Mama masak.... Makanan sedap sedap........ Hemmmm. My wife and I have been discussing the same topic since early this year. My wife is eager to quit her job and become a full time house wife. The question is when? Hopefully we can make our decision by end of the year and Cipa , and the rest of our kids for that matter , would have their Mum most of the time at home. Sometime we think that by having both husband and wife working full time, we would be able to give all the material needs to our kids... Only to realise that what they need is our time together at home most of the time..................as simple as that... True enough , Cipa managed to fast for the first 2 days because we were there to give her encouragement and support all day. We slept beside her when she was tired........Wallahualam




Kamus Yeop 4 - bekemayo

Dah tua tua ni aku tak berapa nampak. Ko suruh aku kira deroyan ateh pokok tu mana le aku nampak sangat, bekemayo mata aku dibuatnya. Maknanya berair air dan kabur kabur sikit pandangan...

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan & 3 Rings in Life

Ramadhan is here again..... The other day, while having our berbuka puasa, Abang Ngah popped up a question "Ma, what is "Engagement Ring'"? My wife answered "Cincin Pertunangan!" Abang Ngah continued that he read one joke the other day, There are 3 rings in life, 1) Engagement Ring, 2) Wedding Ring and 3) Suffer"ring". We had a good laugh!! Luckily I was drinking at that time.........

My yearly routine on the first day of puasa ( just after berbuka puasa), to send sms to my friends "Yahoo, raya lagi 29 days!!". My friend, Non from Utara, always replies back "hang ni tak abih abih cerita pasai ni!!!. My reply to him "At least you know that I'm still alive and communicating with you!!"