Tuesday, October 27, 2009

Cipa & Skrip

Malam ni Cipa keluarkan sehelai kertas dari dalam beg sekolah tadikanya. Kertas tu dah renyok teruk. Di sebelah kanan kertas sudah hampir hancur dan koyak teruk. Rupa rupanya kertas tu skrip show untuk hari konsert sekolah tadika dia nanti. Dia dok pegang kertas tu hari hari semasa berlatih dan tempat yang koyak teruk tu pasal tangan dia berpeluh....... Dia pun keluarkan gam suruh kita baik pulih kertas tu balik. Mama dia cakap nanti minta kat teacher kertas baru, tapi dia tak nak jugak. Cakap kat dia kita photostat yang baru. Dia tanya apa photostat tu..... Bila dia faham dia merengek suruh buat malam ni juga. Terpaksa la pergi ke kedai pergi photostat untuk dia.....

1 comment:

Najwa said...

HAHA. this is so funny.